Perkakasan
komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan
fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian
ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan
kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output.
Perisian
pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang
direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi tertentu.
Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian
aplikasi.
Komunikasi
data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang
lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data
digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum
komunikasi dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah
Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian
(Network Interface Card).
Teknologi
maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan
untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi
Maklumat (Information
Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communication Technology) atau ICT
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer
dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
Definisi
teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi
maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia
melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram,
PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas
penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
- Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
- Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
- Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
No comments:
Post a Comment