Dewasa
ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam
komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam
penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu
berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut
melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan,
apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau
penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan
rujukan tersebut.
Penduduk
bandar juga tidak semestinya pergi ke panggung wayang atau muzium
untuk melihat filem atau khazanah negara. Kesemua ini memberi impak
terhadap perancangan guna tanah kawasan bandar. Kesan langsung
daripadanya adalah pengurangan dalam isipadu lalulintas yang
disebabkan oleh aktiviti tersebut. Ini akan mengagihkan tanah bagi
tujuan yang lain misalnya kawasan hijau atau taman-taman yang tidak
dapat digantikan oleh teknologi maklumat.
Namun
harus diingati bahawa dengan menukarkan bahan-bahan kepada bit-bit.
Masalah cetak rompak akan lagi berleluasa. Bahan-bahan yang
didigitkan kemungkinan besar akan menjadi tidak berharga. Ini adalah
kerana ia boleh disalin dan dikeluarkan semula berkali-kali, berbeza
dengan bahan-bahan sebenar yang akan berkurangan kuantitinya apabila
digunakan.
No comments:
Post a Comment