MEMBANTU
GOLONGAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN KHAS
Di Amerika Syarikat, 20 juta orang
cacat mengalami halangan dalam kehidupan harian mereka(Meyer, 1999).
Bagi golongan ini, teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan
peranan yang penting dalam memberi kebebasan kepada
mereka. Contohnya kewujudan program yang berupaya membaca teks dapat
membantu orang buta berkomunikasi tanpa bantuan keluarga, rakan-rakan
dan pekerja lain atau mesin rekod suara.
Selain
itu, komputer juga memberi peluang sosial baru kepada
orang cacat melalui penggunaan internet, irc serta icq dan lain-lain
program. Mereka tidak perlu pergi ke kawasan bandar untuk bertemu
atau berkenalan. Mereka juga tidak perlu melalui pengalaman pahit di
dalam bandar yang tidak direka untuk mereka. Di samping itu, terdapat
rangkaian yang dikhaskan untuk mereka berkenalan dan bergaul dengan
golongan yang sama di mana sebelum ini tiada seluran yang begini
mudah. Mesyuarat boleh dijalankan bila-bila masa asalkan seseorang
mempunyai talian telefon, komputer serta modem.
TELE-PERUBATAN
Dalam
keadaan tertentu, pesakit sebenarnya tidak perlu berjumpa dengan
doktor. Ini adalah kerana dalam kebanyakan kes, doktor cuma memeriksa
pesakit melalui sintom yang diberitahu oleh pesakit sendiri. Justeru
itu, suatu program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah
memadai untuk menggantikan tugas sedemikian. Britain telah
menggunakan sistem sedemikian untuk mengurangkan beban doktor(Laver,
1989). Doktor seharusnya menumpukan perhatian dalam kes yang serius
yang mana pesakit tidak dapat memeriksa sebarang sintom.
Namun
kesahihan sistem sedemikian akan sentiasa dipertikaikan akibat
faktor-faktor keselamatan, kepercayaan, psikologi dan sebagainya.
Selain itu, kos pelaksanaan sistem sedemikian juga amat tinggi kerana
ia perlu sentiasa dinaik taraf dan dinilai bagi memberikan tahap
ketepatan dan kepercayaan yang tinggi. Di samping itu, pelaksanaan
sistem sedemikian akan menggugat kesenangan golongan buta huruf untuk
mendapatkan rawatan biasa memandangkan sistem tersebut cenderung
mengurangkan atau menggantikan peranan klinik. Justeru itu, timbul
pendapat bahawa ia hanya sesuai untuk tujuan farmasi sahaja di mana
pesakit telah diberikan diskripsi ubat; dan menggunakan
tele-perubatan cuma untuk mendapatkan ubat tersebut.
Walau
bagaimanapun, penggunaan Smart Card akan
melengkapkan lagi sistem tersebut memandangkan kesemua maklumat
peribadi pesakit termasuk sejarah perubatan telah dikodkan. Namun
kita tidak harus melihat bidang perubatan ditukarkan kepada sejenis
industri. Perubatan sebagai perindustrian akan mencetuskan kesan
mental yang buruk terhadap pesakit. Pesakit sebenarnya telah
dibebankan dengan persekitaran hospital yang dipenuhi dengan
pesakit-pesakit lain. Justeru itu, penggunaan teknologi yang
keterlaluan akan menyebabkan hubungan doktor-pesakit hilang, ini akan
menjanakan keadaan yang tidak menggalakkan dalam kes kesihatan yang
serius.
No comments:
Post a Comment