DUNIA
MAYA
Ia
adalah satu sistem yang mensimulasikan alam nyata(reality). Alam
nyata ditayangkan dalam bentuk imej, dalam dunia yang kelihatan
seperti dunia nyata. Pengalaman dalam dunia maya bukan hanya menerusi
skrin imej tetapi ia sendiri menjadi pengalaman kepada mereka yang
berada di dalamnya(Castells, 1999). Kewujudan dunia maya akan membawa
perubahan tertentu dalam cara hidup di bandar. Memandangkan ia begitu
benar dan kadangkala dapat memuatkan ciri-ciri idealisme yang tidak
terdapat dalam dunit nyata. ia merupakan satu ruang yang membolehkan
penduduk membuat pilihan samada hendak memilih dunia maya atau dunia
nyata untuk menjalankan aktiviti tertentu.
Contohnya
seseorang yang ingin keluar bersiar-siar di bandar boleh memilih
bandar nyata atau bandar maya. Bagi mereka yang ingin melihat bandar
sebagai utopia maka dunia maya mampu memberi satu bandar sedemikian.
Namun penggunaan dunia maya bukan hanya terhad kepada hiburan sahaja.
Ia menjadi medan ujian bagi percubaan pengalaman yang seakan-akan
benar. Misalnya ujian memandu kenderaan boleh dijalankan di dalam
sebuah bilik tanpa menggunakan jalanraya sebenar. Dari segi
perancangan pula, model-model boleh dihasilkan untuk menguji kesan
perancangan terhadap sesebuah bandar. Seseorang boleh mencuba
pengalaman di dalam bandar tersebut sebelum pelan susun atur
diluluskan. Ini akan menambahkan lagi penilaian pelan tersebut.
REKREASI
Dengan
wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan maklumat
dengan cepat dan tepat, kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di
rumah. Ini bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek. Ini
adalah kerana seseorang tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke
pejabat, tersesak atas jalanraya, makan di luar dan sebagainya.
Kesannya masa rekreasi penduduk akan bertambah dan
ini akan mempengaruhi penawaran jenis perkhidmatan pada masa depan.
No comments:
Post a Comment