Perkembangan
IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud.
Generasi
pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah
digunakan sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer
menggunakan kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan
luaran. Storan dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara
ditulis dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan.
Generasi
Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai
elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan
kat tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa
pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti
FORTRAN dan COBOL.
Transistor
pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era Generasi Ketiga
(1964-1979). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk
sepenuhnya dan ingatan metal oksida semikonduktur (MOS)
diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan seperti BASIC.
Komputer
Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu
berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor mengandungi litar ingatan,
logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer pribadi mula
diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di
rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa
pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti
Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antaramuka
bergrafik.
Teknologi
Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai
istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran,
telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang
menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan
komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil daripada
gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang
berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti
perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara
elektronik.
Perkakasan
komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan
fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian
ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan
kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output.
Perisian
pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang
direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi tertentu.
Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian
aplikasi.
Komunikasi
data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang
lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data
digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum
komunikasi dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah
Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian
(Network Interface Card).
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi
maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan
untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi
Maklumat(Information
Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi(Information
and Communication Technology) atau ICT
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer
dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
Definisi
teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi
maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia
melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram,
PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3asas
penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertamateknologi
maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk
suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan
komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua,
adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga,
digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana
teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.